۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Dilambung ombak Selat Sunda

MUNGKINKAH tarikh ekspedisi mendaki Gunung Anak Krakatau (GAK) tidak sesuai, maka kami seramai enam pendaki gagal menjejak kaki ke puncak gunung berapi yang sangat aktif itu? Ketika ekspedisi ini diadakan, GAK dilaporkan ‘batuk-batuk kecil’ sebanyak 344 kali sehingga 23 Februari 2011.
Percaya dengan maklumat yang disampaikan rakan-rakan pendaki Indonesia, penulis bersama Sham Ahmad dan Mohd. Radzee Mohd. Baki (Orga) dari Malaysia serta Imam Bukhori (Imam), Rage Budi Wibowo (Rage) dan Qoqo Cancan (Qocan) dari Indonesia memulakan ekspedisi ‘maut’ itu.
Ibarat nyawa di hujung tanduk apabila kami meredah gelombang yang lebih tinggi dari bot yang dinaiki. Bot nelayan bersama empat jurumudi itu disewa pada harga RM700.
Untuk menjayakan misi ini, dari Jakarta kami perlu ke jeti Pelabuhan Paku, Desa Anyer yang terletak kira-kira dua jam setengah memandu dari kota raya itu.
Saiz bot seperti itu pasti akan membuatkan sesiapa yang mabuk laut akan memuntahkan segala isi perut, selain loya dan pening sepanjang mengharung ombak ganas selama hampir enam jam.
Bau minyak diesel yang memualkan bercampur pula dengan bau bot yang hamis membuatkan kami ‘keliru’ dengan apa yang sedang dilalui.
Dua jam pertama masih mampu mengawal diri. Tetapi tidak lama kemudian, mual yang tidak dapat ditahan membuatkan penulis memuntahkan segala isi perut.
Penulis yang tidak berdaya merangkak ke arah Sham yang berbaring di hujung bot.
“Jom patah balik,” kata penulis.
“Nanti aku beritahu Imam,” kata Sham.
Sham menjelaskan masalah penulis kepada Imam yang kemudian menyampaikan mesej itu kepada bapak-bapak nelayan tetapi permintaan itu tidak dihiraukan.
“Sudah separuh jalan...,” kata sang nelayan.
Mendengar jawapan itu, penulis terus mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan diri.
Tiada tempat selesa kerana saiz bot yang kecil. Mahu tidak mahu, terpaksalah berkongsi satu ruang sempit dengan Imam.
Berperang dengan bau diesel yang semakin menyengat hidung, baki perjalanan empat jam terasa begitu memeritkan sehingga longlai dibuatnya.
Apabila tidak tertahan lagi, penulis mohon supaya singgah di sebuah pulau berpenduduk untuk berehat seketika. Namun, permintaan itu juga tidak dihiraukan kerana matlamat sang nelayan hanyalah untuk menghantar kami ke GAK.
Segala penyeksaan itu berakhir sekitar pukul 2.15 petang 19 Februari 2011. Sebaik saja bot melabuhkan sauh, saya terus ‘terjun’ ke darat. Kami cuba mencari tempat yang sesuai untuk berkhemah tetapi tidak ditemui.
Imam memberitahu: “Biasanya pendaki ke pulau seberang (Pulau Sertung). Kita ke sana saja...”
Nasib baik perjalanan tidak lama iaitu sekitar setengah jam. Di Pulau Sertung, sudah ada dua pelancong mat salleh bersama tiga warga Indonesia yang mengurus percutian mereka untuk melihat keajaiban GAK yang ketika itu sedang mengeluarkan kepulan asap nipis.
Mengikut jadual, kami sepatutnya mendaki GAK sekitar pukul 2 pagi, 20 Februari. Namun disebabkan keletihan, kami terlewat tiga jam. Malang tidak berbau kerana dalam perjalanan dari Pulau Sertung ke GAK, bot yang dinaiki rosak. Asap berkepul-kepul keluar dari enjin amat mencemaskan.
Bot dikemudi perlahan dan kami selamat sampai ke pantai. Lega rasanya kerana bot tidak hanyut dibawa arus. Jika tidak, pasti keadaan menjadi lebih teruk.
Ketika itu, jam menunjukkan pukul 7.22 pagi apabila kami memulakan langkah pertama ke puncak GAK. Pada mulanya, kami menempuh ranting-ranting pokok cemara yang patah dan kering dilanyak lahar gunung berapi, kemudian kami memasuki zon berpasir halus berwarna hitam yang di sana dan sini terdapat tompokan belerang. Terasa seolah-olah berjalan di atas permukaan Bulan pula!
Walaupun pagi masih awal, namun bahang yang naik dari permukaan tanah yang membaluti GAK semakin panas. Sungguhpun begitu, kami tekad meneruskan pendakian. Denai yang polos dan berpasir jerlus membuatkan satu langkah ke hadapan, dua langkah menggelongsor ke bawah!
Pendakian tidak memakan masa yang lama kerana kami berjalan tanpa henti. Tidak sampai satu jam, kami sudah berada di Batas Aman. Ia adalah kawasan pemantauan aktiviti gunung berapi. Segala peralatan sudah dimamah lahar, hanya sisa-sisa yang tinggal.
Kami mendongak ke puncak GAK, tidak kelihatan jalur mendaki. Tiga rakan penulis cuba membuka trek untuk kami lalui. Denai baru perlu dibuka. Namun apabila sampai ke satu tahap, kaki tidak boleh melangkah lagi kerana semakin menghampiri kawah, semakin panas telapak kaki walaupun berkasut. Akhirnya, kami terpaksa berpatah balik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts