۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Meredah hutan bersama sang badang




Peserta kembara tidak melepaskan peluang mencuba buat pertama kali aktiviti ‘Denai Gajah’ yang dijadualkan beroperasi secara rasmi kepada umum bermula Jun nanti.




PERNAHKAH anda terfikir untuk meredah hutan belantara dan menikmati keindahan alam semula jadi dengan menunggang gajah persis babak-babak dalam filem?
Percaya atau tidak, itulah keistimewaan dan tarikan terbaru yang ditawarkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang khusus buat pengunjung-pengunjung tempatan dan juga antarabangsa.
Jika sebelum ini, pengunjung hanya didedahkan dengan aktiviti memberi makan dan mandi bersama gajah selain menunggangnya dalam kawasan yang ditetapkan, kini pengunjung turut berpeluang menyusuri kawasan hutan sejauh 1.5 kilometer (km) bersama-sama mamalia darat terbesar itu.
Menurut Ketua Unit Gajah di pusat itu, Nasharuddin Othman, tarikan terbaru yang dikenali sebagai 'Denai Gajah' itu amat bersesuaian dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelancong yang tidak puas bermesra dan bersahabat dengan mamalia tersebut menerusi ketiga-ketiga aktiviti eko-pelancongan sedia ada.
Bahkan, secara tidak langsung ia dapat menambahkan lagi pengetahuan, kesedaran dan sokongan umum mengenai kepentingan pemuliharaan haiwan liar yang sering menjadi mangsa ancaman manusia itu.
“Untuk makluman, laluan Denai Gajah itu sudah siap sepenuhnya namun ia masih lagi dalam proses penambahbaikan terakhir sebelum mula dibuka kepada orang ramai pada Jun nanti.
Pengembaraan ajaib
“Bagaimanapun, orang awam dibenarkan menggunakan laluan denai itu untuk aktiviti seperti jogging mahupun pemerhatian burung di sekitar kawasan Rezab Hidupan Liar Krau ini,” katanya sewaktu Program Kembara Bersama Media anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di pusat pemuliharaan itu baru-baru ini.
Ibarat pengembaraan ajaib menjelajahi belantara, begitulah perasaan tatkala berada di atas badan mamalia itu. Paling mencabar, tiada sebarang alas atau lapik diletakkan pada badan setiap gajah-gajah tersebut.
Bukan sekadar menunggang gajah, pengunjung akan turut didedahkan dengan keistimewaan khazanah flora dan fauna oleh ‘mahut’ (pelatih gajah) yang bertugas sepanjang merentasi denai tersebut.
Lucunya, ada dikalangan petugas media yang terpaksa bersabar dengan kerenah gajah yang 'seronok' dan tidak henti mengunyah dan menikmati hidangan daun hijau kegemaran mereka di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 15 ke 20 minit bergantung kepada kelajuan haiwan tersebut.
Sementara itu, program selama tiga hari yang membawa rombongan kira-kira 33 orang peserta dalam kalangan media dan kakitangan NRE itu turut mengadakan lawatan ke Institut Biodiversiti (IBD), melihat pelaksanaan proses taksidermi selain mengunjungi Taman Rusa.

4 comments:

Uncle March 22, 2011 at 7:19 PM  

Aduhai...dah berpuluh kali cakap nak pergi...dah bertahun janji dengan yuya nak tengok gajah tapi tak sampai2 lagi...kesian kat depa!

4 Kay-E March 23, 2011 at 12:27 AM  

Gajah!!!
Lari........ heheee...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ March 23, 2011 at 10:53 AM  

UNCLE, KENA BAWAK ABANG NGAN YUYA GI SINI. DILLA PERNAH PI OUTING KAT SINI TAW. MMG BEST. MASUK kena bayaq 2 hinggit jar tak silap.....
Balik tu singgah deerland Milik Pak dollah. Tapi kalau nak pi sana Pi lah dulu deerland. sbb xtxt kat kole gandah tu pukui 2...

Akak))) Jangan larikk aaaa (hahahha)

deaf-angel March 27, 2011 at 10:47 AM  

dod aku gi krabi dulu kita naik gajah
best dod, dah naik tak mau turun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts