۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

PERCUTIAN DI CLORY HOTEL & RESORT

CUTI sekolah ini adalah masa sesuai untuk pergi melancong tidak kira sama ada di dalam atau luar negara.
Bagi mereka yang berkeluarga, membawa isteri dan anak-anak melancong adalah keseronokan yang sentiasa dinanti-nantikan.
Selalunya, masalah yang dihadapi ialah tempat penginapan paling sesuai untuk memastikan anak-anak tidak tinggal di bilik berasingan yang menyukarkan pengawasan.
Sebab itu tempat penginapan berkonsep apartmen menjadi pilihan utama. Ini kerana ia menempatkan sesebuah keluarga dalam satu unit malah keadaannya seolah-olah seperti tinggal di rumah sendiri.
Glory Beach Resort (GBR) di Port Dickson antara penginapan yang mampu memenuhi harapan ini. Ia menawarkan konsep apartmen keluarga kepada para penginapnya.
GBR terletak di Pantai Tanjung Gemok, kira-kira empat kilometer dari bandar Port Dickson.
Resort enam blok dengan 268 unit apartmen itu terletak di kawasan seluas empat hektar menghadap pantai peranginan terkemuka itu.
Apartmen GBR menawarkan pilihan apartmen dua dan tiga bilik standard, tiga bilik kelas perniagaan, penthouse standard dan penthouse deluxe lengkap perabot seperti set kerusi, meja makan dan dapur.
Sesuai dengan konsepnya, GBR menawarkan pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan jumlah penginap yang ramai seperti penganjuran hari keluarga dan aktiviti mencari harta karun.
Di halaman resort ini, aktiviti BBQ boleh diadakan sambil menikmati deruan angin laut waktu malam.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan di dua restora, Coral Cafe yang dibuka setiap hari dan Kokomo Beach Cafe yang dibuka pada hujung minggu.
Restoran di resort ini mempunyai sijil pengesahan halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Bagi memastikan penginap tidak bosan dan disibukkan pelbagai aktiviti, GBR juga menyediakan kemudahan kolam renang, taman permainan kanak-kanak, gelanggang paintball, tenis, bola sepak pantai, bola tampar pantai, kedai cenderamata dan salon kecantikan.
GBR juga mempunyai tarikan unik yang tidak ditemui pada di mana-mana tempat penginapan di pantai peranginan terkemuka itu.
Tarikan unik itu adalah sebuah pusat penetasan penyu yang dibina dengan kerjasama Jabatan Perikanan.
Pesisiran Pantai Tanjung Gemok sebenarnya sudah lama dikunjungi oleh penyu yang bertelur tiga kali setahun sejak 10 tahun lalu.
Tiga spesies penyu yang mendarat dan bertelur di persisiran pantai itu ialah Karah, Agar dan Lipas.
Penyu-penyu dikenal pasti mendarat di pantai itu bermula Februari hingga Jun setiap tahun.
Jika anda masih tercari-cari tempat penginapan sesuai untuk keluarga, GBR mungkin jawapannya. Lawati laman web http://www.glorybeachresort.com
HOTEL & RESORT
( SELAMAT BERCUTI PADA MEREKA YANG BAKAL NAK BERCUTI )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts