Sering berangan andai didepan mata ini ada taman bunga yang indah untuk diberikan gambaran pada erti sekeping gambar. Sudah tentunya gambar itu indah berseri kerana si pemotretnya begitu gembira sekali dapat menikmati keindahan bungabunga yang mekar dengan pelbagai warna yang menarek hati sang pemotret ini. Tapi sayang di sekeliling rumah ini tiada bunga yang indah. Hanya ada daun pandan, daun kari, pokok betik, daun ubi serta hijauhijauan tumbuhtumbuhan saja. Pagar tidak memisahkan mata ini untuk menyelinap ke laman MIL LAILADAMIA. Biarpun hanya berapa kuntuman bunga pink ini ianya sudah cukup memBAHAGIAKAN hidup ini. Cuaca agak panas sedikit waktu ni Dengan ISo 200 focal length 300 1/250 F/13 dengan Aperture Priority maka jadilah bunga sebegini.
7 comments:
Cantik bangat DOD..
tak pernah mengecewakan
tq shidah
dah lama kita tak gi outing kan:-)
aduhai dill lawa ah kalau buat wallpaper ni!
cantiknya dila.. s90 takleh buat gini huhu
tq lady, port
Lady
S90 pun mampu uat cam ni ma:-)
cuba try....
Port
kalau print CANVAS bunga tegak tu letak kat Hall, mesti cun umah hang no
Saya pun baru berjinak2 dgn aperture priority nie kak dila.. dulu selalu pakai manual je..
anyway, nie hasil editing guna photoscape ke? lawa!
Post a Comment