۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

DUHAI WANITA.....

idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan- (YG NI TAK DE BRAND MCM MANA PENGGUNA NAK TAU BOLEH MAKAN KE TAK???)

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG 


Credit ** To ISU SEMASA Cari.com.my



Dari dulu lagi rasanya produk yang tak diiktiraf ni bermaharajalela di mana saja. PENGGUNA harus bijak dan selalu peka dengan Isu semasa sebegini.


Ini hanya sabun pembersih muka dan tidak tersenarai hitam kan. Tetapi produk adalah dari Company yang sama. Dah rasa was was lah pulak.....
 

4 comments:

lieya_latif August 15, 2010 at 10:32 AM  

huh bagus kak dod up citer camni...alert la sikit wanita2 diluar sane...termasuk laa lieya...seb baik produk yg lieya gune takde dlm list kak dod nie....huhuhu....tapi tu ar, sejak preggy ni tak gune pun lieya pakai ape2 produk sbb srkang ni teruk jerawat naik....huhuhu....tak cam mase preggy mia mija dulu.....licin jek kulit huhuhu...

thanks kak dod for sharing...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ August 15, 2010 at 10:55 AM  

betul Lieya....
kekadang kita terikut2 ngan peredaran zaman (hehehe). urg guna tu kita pun nak guna jugak. Elok guna arang jek kan....mesti putih jugak lepas tu

akudimar August 16, 2010 at 11:14 AM  

wah, bahaya la
adila takyah pakai la benda-benda nih sume.
apesal ompompuan suka bahayakan diri sebab nak cantik?
jaman embah-embah kita dulu pakai bedak sejuk je, anak berderet-deret...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ August 16, 2010 at 11:25 AM  

betul dim...
gatal2 nak jadi gebbus kut (hehehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts