۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Dunia mu

 

Mengambil gambar kanak-kanak adalah satu tugas yang amat menarik. Biarpun kanak-kanak ini TIDAK MEMATUHI ARAHAN namun itulah realiti yang sebenar. Dalam ertikata CANDID shoot. Biarkan apa saja yang diperlakukan dan kita mestilah sentiasa BERSEDIA untuk merakamkan segala pergerakkannya. Setiap pergerakkan mempunyai nilai cerita yang sangat berbeza. Memang agak memenatkan apatah lagi jika berdamping dengan kanak-kanak yang begitu aktif. Lagi aktif sifatnya maka tangan kita yang memetik shutter harus laju seiring dengan pergerakkan kanak-kanak ini. Berpeluh beb! Biarkan apa saja pergerakkan yang ingin dilakukan. Itu adalah yang terbaik. Rakamlah seberapa banyak watak kanak-kanak ini. Pasti diantara ratusan candid itu ada moment yang sungguh mencuit hati.

Adakala kanak-kanak yang berwajah masam pun boleh menyumbangkan satu moment yang sangat berharga. Tak percaya sesekali mencuba. Dari sudut mana yang harus diambil kira. Dari mata yang melirik, dari mulut yang mencebik. Semua itu adalah moment yang harus kita rakamkan. So sweet! Tak dapat saya gambarkan.Tapi percayalah kepenatan ini akan hilang apa bila kita melakukan playback untuk melihat moment kanak-kanak ini yang telah kita rakamkan. Pasti kita akan tersenyum. Ada yang lucu ada yang menyentuh jiwa dan berbagaibagai lagi.

  

  

2 keping gambar ini bukanlah candid. Apabila dia orang ni nampak saya ada disitu lantas mereka mengofferkan diri untuk dirakamkan wajahnya. 'Nak masuk blog maksu katanya.' Ewah pandai pulak dia:-) Memang suka bergambar budak 2 orang ni (he he he)

 

Ini adalah candid shoot Marsya. Nampak sekali imbas seperti watak Marsya bagaikan disuruhsuruh untuk memandang kearah kamera. Tapi sebenarnya tidak. Dia sedang asyik menyanyi dan saya katakan padanya suara itu sungguh tidak gemersik seperti siti Nurhaliza! Saya sudah bersedia untuk merakamkan deti -detik ini. Apakah reaksi Marsya pada saya? Inilah dia.......! Menjeling lagi tanda protes (he he he). Tapi akhirnya saya dapat pujuk kembali dengan senyuman yang menguntum. 

 





Bila dia merajuk tanpa disedari beginilah wajahnya. He he he. Bak dikata wajah melambangkan segalanya. Sayang kakak farah....


6 comments:

E.d.Y February 9, 2010 at 4:52 AM  

setuju2..mmg susah nak amek gamba budak2

tunbegia February 9, 2010 at 8:59 AM  

suka tengok tahi lalat di hidung budak,

salamm mbakyu,

zue February 9, 2010 at 10:57 AM  

salam dilla,
nice pic iteww.

Anonymous February 9, 2010 at 4:04 PM  

Salam

Nak tanya


gambar gambar yang dlm blog ni , diupload direct dari kamera atau diedit guna photoshop baru di upload ?

lawa lawa ...

dilaOHdila February 9, 2010 at 5:18 PM  

salam....
photo ni selalunya di EDIT terlebih dahulu....:-)

edy..
mesti dah pernah rasakan. tapi best moment budak2 ni.

Tq zue...

TB
bocah kuwi memang ayyu
mak ey ayyu mbanget (he he he)

☆ lieya latif ☆ February 9, 2010 at 8:50 PM  

cantik kak....sejuk ati tgk muke budak2....mmg byk cabaran kalo amik gambar budak ni kan kak...mood tak dijangka2 heheheeh...itu laa cabaran....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts