Aku dilahirkan berdua. Dari kecil hingga usia meningkat remaja aku sentiasa bersama dan berdua.Kemanamana saja aku pasti berdua. Pendekkata aku demam pasti dia juga begitu. Begitu jugak sebaliknya. Dalam kelas pun aku tetap bersama. Jiwa kami seakan serupa tetapi dari segi perwatakkan aku agak ceria berbanding dia seorang yang pendiam. Itu yang membezakan watakku dan dia. Kerana antara aku dan dia adalah pasangan KEMBAR.
Kini aku terpisah jua dari kehidupan yang ku lalui bersamanya. Aku redha atas apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Biarpun agak perit untuk ku lalui perjalanan ini namun aku bersyukur akhirnya aku mampu melalui ujianNya. Bagi pasangan kembar ini adalah saat getir bila tibanya perpisahan. Alhamdulillah dengan sokongan abah, mama serta orang ada disekelilingku kini aku merelakan apa yang terjadi. Setiap minggu abah dan mama pasti akan membawaku untuk bertemu dengan kak Yong. Acapkali kak yong akan menelefon ku untuk bertanya khabar. Dan aku sebagai kaunselor kak yong acapkali menjadi pendengar yang setia sekiranya kak yong menghadapi sebarang masaalah. Aku sayang kak yong dan aku amat merinduinya. Kami akan samasama menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.
4 comments:
oh kembar rupenyer
Dila,
Sedihkan bila diaorg dipisahkan?
Takpe ada reward satu hari nnt..
Cuti sekolah nnt boleh jumpa. mesti byk cerita nak share.
kembar ek...
sape yg kembo nie sebenarnyer..:)
Post a Comment