۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Mengenal erti dunia fotografi





Buat pertama kalinya aku try shoot untuk majlis tunang Ael & Rozan. Kita baru nak belajar so kita cuba ajer lah kan. Kalau salah banyak try to perbaiki lagi, betul tak.



Beberapa bulan kemudian cikgu Hadi iklan lagi untuk Wedding/Potraiture x silap. Jauh ni beb kat MPSJ nu. Minat punya pasal pergi jer lah. Nasib Uyie pun ada. So tak lah aku sorang. Shila mambo pun ada, best tu. Model sue babeh & hubby.

Ini lah satu-satunya bunga yang ada kat rumah aku ni. Balik-balik bunga ni jugak. Kalau bunga ni boleh bercakap dia pun nak kata bahawa dia pun menyampah tengok aku.

Try & Error. Itu lah yang cikgu Hadi pesan sebelum berakhirnya class. Cuba dan terus cuba tanpa mengenal erti putus asa. Kalau dah rasa tak boleh tu jangan dipaksa. Relax dulu. Mood memainkan peranan bila kita nak berkarya.

Ini bab pengcahayaan & panning shoot.

Waktu ni xcited giller nak belajor shoot low angle. Tempatnya yang sempit tu silap langkah boleh jatuh guling-guling atas batu.

Disini lah ku mengenali Uyie & Sheeda. Mereka ni lah sahabat outing dilla. Dia orang berdua ni banyak bantu dilla dari segi praktikal. Almaklum aku ni asyik mudah lupa sokmo.



Inilah dia Cikgu Hadi yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar & berkongsi ilmu pada anak-anak muridnya. Terima kasih cikgu......

Over xpose yang teramat. Air ni pun tak tahu macamana nak setting shutter speednya.

Bagaimana ku mengenali Dunia Fotografi. Kita lupakan entry sedih tu. Moh ler kita kongsi cerita suka duka pengalaman bagai dengan apa yang kita minat ni. Dilla seronok tengok uncle dah mula mengorak langkah dengan Sony Alpha nya itu. Macam-macam angle uncle dah buat. Bokeh-bokeh pun jadi belaka semuanya. Mesti seronokkan. Belajar sesuatu yang baru. Biarpun pada mula tak menjadi jangan berputus asa. Cuba dan terus mencuba. Pasti kelak akan dapat apa yang diusahakan selama ini. Hanya dengan berkarya kita dapat luahkan segalanya. Penat asyik nak bercakap saja. Sesekali luahkan dengan cara berfotografi.

Dilla amat berterima kasih pada Cikgu ALHADI (duniafotografi.com) kerana tak jemu memberi tunjuk ajar asas dan sebagainya. Masa tu dapat jumpa kawan-kawan baru. Almaklum baru nak mengenal erti pelajaran baru makanya aku jugak agak lembap untuk menerima semua ni. Banyak kali cuba dan terus mencuba. Dunia aku baru nak mengenal erti MANUAL. Dah belasah setahun setengah jugak lah asyik dok guna AUTO ni. Mana nak tahu apa yang berpusing-pusing kat screen ni. Pendekkata org suruh gunakan P tu guna jer lah. Nak baca reading memang jauh sekali. Bukan apa sebab tak reti. Basic pun tak ada. Nak masuk class mcm ni paham ajer lah. Bukannya murah kalau tak Rm800 tu memang bukan class photography lah namanya. Nak harap baca buku jer aku memang tak boleh. Ada sikit sengal. Mesti nak ada cikgu. Apa masalah boleh terus ku tanya. Nak jawapan jugak masa tu. Ronda-ronda kat fotopages ternampak iklan cikgu Alhadi nak buat outing class kat taman orkit tasik perdana. Rm350 utk 2 hari. Wah murah giller tu. Terus daftar & nasib baik ada kosong lagi. Kira aku pun dah jadi peserta yang ke 40 rasanya. Itulah pengalaman pertama mengenali dunia manual photography. Panas terik aku tak hirau. Cikgu class ni sediakan seorang model. Shootlah apa angle sekali pun. Lepas tu tunjuk kat cikgu & cikgu akan komen. Wah best giller. Tak hinggat sungguh masa tu. Model jadi rebutan lah pulak. Kesian pun ada. Dengan cuaca yang panas habis model punya makeup cayor. Mana yang tak dapat shoot model ni apa lagi hangkut kawan2 yang free kat tepi tu minta tolong jadi model pulak. Boleh jadi ketawa sorang-sorang bila tengok himpunan photog-photog ni.'WATER LILY'. Ini lah shoot pertama dari D40 dilla dengan acuan manual. Masa ni belum kenal lagi apa itu erti BOKEH. Semuanya baru nak belajar setting belaka.

9 comments:

Wak Kumis October 13, 2009 at 9:08 PM  

mengenal-erti-dunia-fotografi

Kerna nya Wak mengenali Dilla.

Uncle October 13, 2009 at 9:14 PM  

Memang menarik photography ni...have to put heart and soul into it. Baru nampak "hidup". Uncle akan cuba lagi nanti...

hidungberantai October 13, 2009 at 9:30 PM  

wah mengenal erti dunia fotografi...bersama2lah kita memahami dunia fotografi yg serba luas dan unik ni...pabila hati sudah dekat dgn ssuatu ia akan cuba cari jalan mna yg ssuai bg dirinya untuk mencapai apa yg dekat dihatinya itu...gunakanlah hasil cinta terhadap fotografi untuk meningkatkan diri dalam dunia fotografi..

FarEast October 14, 2009 at 12:59 PM  

wah! dah maju lagi kedepan ... caya lah! \O/ byk masuk klas kak?

hidungberantai October 14, 2009 at 4:48 PM  

**yup bersama2lah kita bkongsi apa yg kita ada sbb dgn bkongsi kita akan sentiasa btambah ilmu...bersama2 bergerak dalam satu bumbung beratapkan rumbia dan berlantaikan tanah dan berdindingkan angin...semoga bumbung itu mampu bertukar menjadi satu tempat yg bergemilapan dipenuhi ilmu yg terkumpul hasil daripada pengalaman, teguran, kutukan, pembelajaran dan macam2 lagi yang berkaitan dengan dunia jurufoto...hehe hamik ko pabila ku dah mula merepek di pagi hari hehe..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 14, 2009 at 7:34 PM  

wow HR!!!!
Tq bery Much!
kata-kata yang membina
yang harus kita pegang bersama
untuk maju dan lebih maju. Moga usaha jadi tanda kejayaan.

Uncle
cuba dan terus mencuba
pasti akan dapat sajian yang lebih UmpHH lepas ni!

wak Kumis
tkasih wak
tanpa FP kita tak kenal semua kan.


East,
tu sessi pelajaran utama
mengutip dan mengenal ILMU Aperture shutter manual.

Suhana October 15, 2009 at 9:01 AM  

Dear Kak Dilla
mengena erti dunia fotografi buat saya tak sabar2 nak jadi mcm akak.. sy akan terus mencuba
:)

cikbedahlaser October 15, 2009 at 2:39 PM  

knp skrg sy rs mcm sy xde touch??
haih... sgt jeles tgk hasil org len... xde mood lak skrg nk menembak... tgk hasil yg xde kemajuan....

sbb fotografi jugak la sy kenal kak dila

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 15, 2009 at 3:03 PM  

salam Kak bed
problem tu semua urg hadapi
Bila MOOD tak dek memang kita rasa ada sesuatu yang kureng. So jangan susah hati. Happy2kan mood tu selalu. Takecare kak bed....

Ana
kak dila suka tengok ana punya Cuppies tu. shuntek kemas susun shuntek. Macam kak lea Oben punya. Kreatif jari ana. Hasilnya juga buat customer lagi sayang kat ana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts