۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

GAPAI SeLAgi daya

Bagaimana untuk ku mulakan bicara ini. Tentang rintihan hati seorang sahabat. Dia yang kukenal sejak dari mula hingga kini dialah SAHABAT KU, sahabat sejati ku. Susah senang segalanya ku kongsi bersama. Pendekkata dicubit peha kiri tak semena-mene aku jugak terasa. EMO pulak aku waktu ini. Terasa ingin menangis tapi aku tahu dia sudah menangis mendahului aku ketika ini. Melihat wajahnya yang hampa hati aku bertambah sayu. Acap kali ku katakan padanya ‘ bersabarlah’. Keadaan tidak memihak pada dirimu waktu ini.Tapi lambat laun segalanya akan terbukti. Tuhan Maha Adil.Mudah-mudahan manusia itu cepat sedar sebelum masa menutup tirai untuk memohon KEMAAFAN dari mu. Orang yang ingin merialisasikan impian ini sanggup buat apa saja miskipun untuk menjatuhkan orang lain. Impian tetap impian. Dia tidak peduli apa yang akan jadi pada orang sekeliling. Asalkan dia dapat apa yang dia mahu. Aku tahu kesabaran mu sudah sampai ke penghujungnya dan kau tak mampu untuk menahan semua ini.Tapi aku ingin menyakinkan pada diri mu supaya GAPAILAH KEKUATAN itu selagi mampu. Hanya itu senjata yang dapat mempertahankan diri untuk mengharungi keadaan ini. Apa lagi yang kita ada selain memohon padaNYA agar laluan ini di permudahkan.

Sekali pasir roboh bukan disebabkan oleh desiran ombak yang memecah pantai. Tapi mungkin terkuis pasir yang tengah menanti belah. Ibaratnya begitu lah. Kesabaranmu memang ada batasannya.Ku tahu dirimu cukup bersabar dengan segala cara dan tindakannya selama ini. Bila kau bersuara tak tentu hala dia dibuatnya.Aku tahu semua itu.Duhai sahabatku, usahlah kau bimbang. MANIKAM pun dah kenal Muniandy.Biarpun dia sebangsa waktu dulu memasing tak nak kenal sebangsa sendiri. Lambat laun Muniady ni lah yang dicari. Setelah Muniady menyelamatkannya dari tragedy yang hampir meragut nyawa nya(bukan tragedy buah apple nyanyian anita Sarawak tu).

Nasib sering menyebelahi dia.Biarpun banyak perkara yang dilakukan mata-mata yang wajib melihat itu kabur pandangan mereka. Harus ingat ada SATU MATA yang sedang melihat tanpa kekaburan walau sedikit pun.Kita tidak dapat lari dari MATA ini.Disini perlunya kesabaran duhai sahabat ku.Moga kesabaran itu dapat menampung KEDUKAAN mu. Hati yang duka ada kala tidak dapat menutupi kedukaan yang terus terpancar dari wajah.Itulah wajah mu.Wajah yang ku lihat siang tadi hingga ke akhirnya. Begitu berat bebanan perasaan yang kau tanggung.Rasa ingin menangis tapi aku tak mampu untuk menitiskan airmata ini dihadapan mu.Aku hanya mampu mendengar rintihan suara hatimu dik! Aku tak mahu kau kehilangan daya untuk menggapai KEKUATAN ini.Gapailah selagi mampu.

Doa ku moga satu hari nanti akan jelas sesuatu yang NYATA.
Moga sikap kesedaran itu akan bertahta sebelum tirai menutup ruang KEMAAFAN.
Gapailah KEKUATAN itu sedaya upaya. Hanya itu yang dapat memberikan dirimu keupayaan untuk mengharungi lawan arus kehidupan.
LUAHKAN lah selagi daya. Aku masih mampu mendengar rintihan ini. Sebagai seorang SAHABAT aku tidak rela untuk melihat dirimu menanggung kesedihan ini seorang diri.Jika ditakdirkan malam ni diri mu membaca nukilan ini anggaplah ini sebagai rintihan balasKu. Aku inginkan CAHAYA kembali mewarnai WAJAH mu duhai sahabat ku.Aku tak ingin melihat Kedukaan yang menggantikan CAHAYA yang bersinar di wajah mu selama ini. Sungguh sayu untuk ku melihatnya lagi.

MOGA ESOK ADA SINAR DI WAJAHMU.....

10 comments:

hidungberantai October 12, 2009 at 10:33 PM  

wah luahan seorang sahabat yg setia...sahabat sebeginilah yang dicari...semoga sidia mendengar luahanmu dan sidia dapat lakukan seperti apa yg dihajatimu...

mrs khairul October 12, 2009 at 10:54 PM  

sayu weh...napa nih..sob..sob..

dilla..comelnya la hai si alisya tu kan...gerammmmmm!!!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 12, 2009 at 10:55 PM  

Tq HR....
Moga sahabat aku sentiasa tabah menghadapi keadaan ini....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 12, 2009 at 10:57 PM  

Ya lah Nieza
kalau hang sayu AKU lagi lah
sedeh kan....
dia x pernah kacau org pun. SELAMATKAN HATI DIEK.....(sob sob sob)
** Nieza...
nanti senang2 datang bangi
boleh jumpa aliesya
splasH sama2 Yok

PINATBATE October 12, 2009 at 11:08 PM  

Syahdu pulak baca kisah ni..kirim salam kat kawan dila yer..mudah-mudahan dia terus tabah menempuh ujian Allah..Insyaallah,akan ada sinar menanti di hujung kesabarannya.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 12, 2009 at 11:19 PM  

tq kak pint...
insyallah akan dilla sampaikan nanti
Moga dia baca rintihan balas dari Cikgu PINAT ni agar dia dapat sedikit kekuatan. Mudah2an....

fau October 13, 2009 at 1:28 PM  

touching nya kak..
moga sahabat akak terus tabah mghadapi dugaan hidup...

meorjay October 13, 2009 at 3:10 PM  

Salam dilla
Begitu mendalam erti persahabatan
Sahabat di mana susah senang bersama. Semoga hajatmu untuk melihat wajah sahabatmu kembali bersinar termakbul.

Abah Along October 13, 2009 at 4:03 PM  

Aduh.....berat bunyinya ....setakat abah yg dah tua ni mungkin tak larat nak tanggung .... Tapi sebenarnya Yg menguasainya adalah kita sendiri jika kita tak melayan dan terus bangun dan jangan bagi dia membuli kita ....insaalah ...

Bangun lah sahabat dila tu... bangun .... sebab esok sentiasa ada untuk kita ... biar kita kawal keadaaan dan jangan bagi dia yg kawal ruang tu....

Abah doakan semoga berjaya....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ October 13, 2009 at 6:29 PM  

Tq apau, abang meor, abah & sahabat ku yang dikasihi
Moga kata2 dari kalian menjadi pendorong utk dia meneruskan perjalanan ini. dilla x dpt bersua muka harini. dia berehat utk seketika. Tapi dari nada suara ada sedikit KeKUATAN. Biarpun tangisan sendu tetap kedengaran namun disudut hati ini sebenarnya begitu merintih meratapi kesedihan itu. Ayyuh bangun! Jangan biarkan diri ini mengikut kata hati yg luluh. GAPAI selagi mampu.....

Terima kasih semua.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts