۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Bila dia berbicara







Ada gaya macam cikgu Wendy.



Pantun Budi oleh Tan Sri Dato' SM Salim


Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja


Siapa tahu mungkin satu hari nanti dia boleh jadi seorang KOMPOSER.

Dia dah dapat apa yang dia cari. Tu dia......! Dia memang suka muzik. Ini tempat lepak. Dikanan tu tempat tinggalnya si lappy ni. Bila agak-agak idea datang maka beralih arah ke sebelah kiri pulak. Feeling kena ada. Sekarang ni dilla tengah giller dengan melodi ZAPIN. Off Topic kejap erk. Dulu masa saya kecik-kecik dulu kat rumah orang yang mengajar saya mengaji tu kan ada Violin, ada gendang. Sebab dia adalah salah seorang yang aktif dengan Ghazal. Bila nak pergi mengaji kan dilla mesti tengok menatang ni. Ada Acordion lagi. Bila acordion ni dah Munyik....memang syahdu syahdan. Tu dizaman 80 an lah tak silap masa dilla darjah empat lima enam. Asal Zapin dari Johor kan. teringat pulak kat Doc cat ngan Cikgu Fly. Mesti dia org tu arif tentang Zapin ni. Seronok pulak bila main lagu SM SALIM Pantun Budi tu. Masih teringat-ingat bila pakcik tu main acordion ni. Acordion punya lengguk tu boleh naik bulu roma. Chord lagu ni dilla berpandukan pada chord guitar. Kalau togey tu memang sah aku fail. Kalau nak belajar guna chord guitar ni senang sikit. Praktis selalu mesti dapat. So inilah bilik release tension sebenarnya. Cari idea dapat idea semua kat sini. So Aliesya ni macam tahu-tahu pulak dia ni kan. Asal masuk bilik ni dia tahu mana nak tuju, bijak sungguh.

Dia tengah fikir apa dia nak buat lepas ni.

Salin kulit (hahahaha). Berlengaih sungguh lor.



'Janganlah kak yong....'

Kak Yong minta pencen awal. Sebabnya dia dah tak larat nak main kejor-kejor lagi dah ni. Kak Yong nak interframe jek. Adei!!

Makcik NIKON pun dah tak larat nak shoot jarak dekat lagi dah. Terpaksa tukar lens 70-300. Senang nak zoom biar pun dia boleh lari jauh halanya.

Mama dia hanya dapat perhatikan dari jauh. Makin dikejar makin laju dia berlari. Tagas budak ni.


Kakak-kakak yang rajin layan dia hari ini.


Comot sikit dia hari ini sebab makan cokelat.

Kasut raya dia yang sangatttttt comel. ' Hello Kitty'


Saat paling indah bila ada dia disisi. Biarpun pelat mengeluarkan butiran ayat namun kepelatan itu membuatkan hati terasa bahagianya. Sesekali dia mengikut apa patah-patah perkataan yang diajar. Lama-lama bila dok sebut selalu dia pun dah mula rasa bosan.

13 comments:

PINATBATE September 26, 2009 at 9:13 PM  

dah pandai bercakap yer....tentu meriah

dilaOHdila September 26, 2009 at 11:52 PM  

dia dah pandai Ngoceh kak pint
macam Murai ler

CatlinaFly September 26, 2009 at 11:58 PM  

salam aidilfitri..comelnye..anak sedara ke?

hmm..gmbr yg kat header dgn entry ni, same baby girl?

dilaOHdila September 27, 2009 at 12:15 AM  

salam doc
tu header si aliesya lah tu
tu edit mata dia...
mata ori aliesya yang kat bawah tu doc:-)

CatlinaFly September 27, 2009 at 11:51 AM  

oh ye ke..ingat ank mat salleh mana tadi..edit pkai software ape?leh gak nak birukan mata hitam e-ein hihihi

re: photobook tu sy jual...nak tau rege, g sini http://kedaigambarkami.blogspot.com klik kat senarai harga...

atau leh email sy catlina7@yahoo.com

dilaOHdila September 27, 2009 at 12:05 PM  

hahhahaha doc cat
bagus gak idea u
pasti mata eein bersinar
tu mata aliesya AngahSnapmalaysia.com tulun kasi edit arituh
dia memang Otai doc cat

deaf September 27, 2009 at 3:52 PM  

dod, kasi ler si kecik tu dengar lagu rok sikit huhu

dilaOHdila September 27, 2009 at 4:28 PM  

ha ha dep
kasi dengor ROCK IRON maiden ka?
ada brani??/ Callo......(hehhehehe)

Fly September 28, 2009 at 8:57 PM  

salam aidilfitri Dilla, comel,comel, comel sungguh anak sedare Dilla tu leh jadi kakak angkat E-ein nih :)

dilaOHdila September 28, 2009 at 9:05 PM  

hahahhaha Cikgu Fly
boleh ajer
aliesya tu tak jauh beza ngan eein kut
nanti boleh gather2 erk.....

4 Kay-E September 30, 2009 at 10:20 PM  

Walaupun comot, tetap comel.. :)
Kiut betul kasut raya baru kaler pink tu!

CatlinaFly October 2, 2009 at 12:16 AM  

haha dila..lupe lak..sy tak tau zapin,sy tau dikir barat :) hehe

FarEast October 3, 2009 at 5:58 AM  

amboi ... meriahnya gambar potret ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts