Ni kira dah kritikal mbangget. Tengok ajerlah orang yang pegang alphabet G tu, dah tak rupa huruf dah (ahak). Memang cabaran sungguh. Ingatkan dah habis. Ada lagi! Kena jumpa tok rimba yang duduknya dekat 3 km. Masuk hutan pulak tu. Bayangkan masa tu dah pukul 6.30 pptg. Kaki dah tak larat ni jalan jugak. Aku yang tertinggal kat belakang sekali. Ikutkan hati nak patah balik tapi takuTTTTTT! Macam macam dilla dengar munyik. Tawakal ajer lah.
Selepas berhempas pulas menaiki Canopi walkway kami semua dibawa ke Perkampunga orang asli. Kesian pulak tengok dia orang ni. Bukan apa macam dah tak ada privacy pulak. Imagine aa kalau yang datang tu berduyun duyun depa nak duduk pun tak senang. Kejap nak bergambor ler nak itu lah nak ini lah. Masa kami datang tu pun sempat tok baten mengeluh penat. Tak ada apa pun yang istimewa kat sini. Kami orang ni pun benornya tersilap. Event management suruh kami cari tok Rimba untuk dapatkan kunci. Siapa yang dapat dia lah pemenang. Tapi malangnya tok baten ni bukanlah tok rimba yang di cari (huhuuhuu). Kalut sungguh. Tok baten pun terpinga pinga jadinya sebab semua orang dok mention Kunci. Apa daaa...... Dah lah nak masuk rumah perkampungan ni kena panjat bukit. Panjat ajer kerja kami satu hari tuh, naik cemuh aku. Penat tak terkata......cabaran sungguh.
Pengangkutan Utama. Seronok naik bot ni. Banyak jeram kat sini. Juru kemudi kena pro. Ada jugak yang tak lepas terpaksa berulang kali. Udara bersih. Macam seronok pulak. Nak duduk kat sini? Tak nak aaaa! (hehehhehe). Dengor Munyik dalam hutan ni menakutkan. Semua tu terpaksa tahan dalam hati sebab teringat pesan dari orang tua. Pengalaman sungguh ni.
Sebelum checkout dari hotel kami gi lunch dulu. Semua pakat lapar sebab pagi x sempat nak breakfast. Maklum energy dah habis. Pagi tu tak ramai yang datang untuk breakfast. So bila lunch tentulah ramai & kami diantara pengunjung pertama (hehehhehe).Masing masing penat dengan xtvt yang lasak petang semalam punya event. Sampai sakitsakit badan you. Nanti dilla tunjuk canopy walkway tu yang panjang berjela. Memang gayat. Kalau ada sakit jantung tu baik berhati hati. Tak semena mena lutut boleh krem. Ketinggian setinggi puncak pokok.
Ondeway nak balik KL tu singgah dekat area Ulu Jempol. Abang Maziyan & Co banjer deroyan. Apa lagi semuanya sakan pulun (hehehhehee). Enjoyed makan ramairamai macam ni. Best!!!
Ondeway nak balik KL ni singgah kejap ke LUBUK YU Maran. Tempat perkelahan yang menarek. Dari Kuala Tahan ni kira jauh jugak lah. Pusing pusing jalannya. Teringat pulak jalan kat Bukit Putus. Apa lagi mata pejam sepanjang perjalanan. Pening dibuatnya. Celik mata kira dah sampai (huhuhuhhuu) bagus kan!
7 comments:
wah happy together eh?
macam tak ramai orang eh lubuk yu ni?
mana yu nya.
Lubuk ni macam tak terjaga jek POT
air keroh, view menarek, sayangkan
Kak PINT
Yunya tak timbul2
dod
the guy with the cowboy hat, tu foto very nice.
aktifnya dilla ni..
kalau lady, boleh lembik badan dibuatnya..
wah seronoknye....mmg happening laa kak dod outing2 cenggini
Dear Dila.
Uncle kalau macam ni memang tak boleh. Uncle kalau cuti suka yang atas bukit ke, tepi laut ke pasal tak payah jalan banyak. Kalau ke hutan ke, mmmmm, memang sah tak pergi. Sekarang ni kurang adventurous sikit!
Post a Comment