۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Kasih maksu







MANIAM BOUTIQUE. Pamos ni & penduduk bangi rasarasa dah tahu at mana Maniam boutique ni duduknya. Semua ni pagi tadi maksu dilla beli. Setiap satu Rm 10 kecuali sluar pink atas tu Rm 20. Sesuai utk budak 1-2 tahun.

Nilah dia legging Aliesya. Tak tau camana ruper dia pakai karang....



Nak jalan balik tu langkah terhenti lagi. Berkenan sangat ngan baju ni. Bukan untuk maksu dilla lah. Ni untuk Aliesya (he3) Dok belekbelek nak kena cari skirt pulak. Amoi tu kata tak payah. akak beli legging ni. Mesti sesuai ngan baby yang nak baru berjalan ni. Boleh lah.....



Ondeway nak turun eskolator tu nampak lak kedai kasut. Macam dah tertarek ngan kasut ni. Teringat pada si Twins kat rumah ni. Maksu nak bagi apa untuk raya tahun ni erk. Nak beli baju mama depa dah beli dah. Maksu pun beli ajerlah kasut ni sama kalor sama size. Harap2 dia orang suka.....he3



Untuk Aiman by OSKOSH Rm29.00

Dalam longoklongok tu jumpa lah baju ni. RM10 hinggit.

Rm 23.00. Ada banyak pesyen kat sini. Pilih ajer mana yang berkenan.


Gaun GYMBORRE. Ada banyak 2 kalor putih/pink. Rm39.00


Tshirt hanging ni susah nak cari. Rasarasa ni pun boleh lah. Padan kan ngan skirt 2 in one sesamestreet ni. Rm 19.00


Maksu dilla berkenan sangat ngan Seluar ni. 2 in one & ada banyak size. Ni maksu dilla mik size 18 bulan. Ada ELMO kat bawah tu kan. Mesti cute....Rm29.00

Padanan jean ngan tshirt kembang ni. Tak mahal Rm10 hingit yang longoklongok tu


Jean 3/4 Carters. Kain lembut. Ada banyak pesyen tapi maksu dilla berkenan yang ni. RM 29.00

Tahun ni buat pertama kalinya akan beraya dengan Aliesya. Bestnya ada budak tecit nih. Dah sebulan tak jumpa ngan maksu ni. Semalam call mama Aliesya dekat KS nak tanya size shoes Aliesya yang comey ni. Masa wedding alan arituh maksu dah beli satu tapi macam dah kecik jek. Tak per ahh maksu dah berkenan dgn baby shoes kat My Precious Love ni. Ada stokin pinky yang comey lagi. Rambang mata jadinya maksu dilla arinih. Dah dapat dah kasut & stokin Aliesya. Maksu dilla terpandang lak baju BURBERRY untuk budak 1-12 month. Tapi rasa macam kecik jek dah tentunya Aliesya tak muat nih. Kang beli kejap jek pakai sayang pulak. Dalam dok carimencari tu terpandang pulak gaun pink GMBORRE. Alahai cutenya tapi kalau pink semuanya tak nampak lak satu badan. Apatahnya kalau dah semua pinky tak kontra lah kalor tu nanti. Eh ada pulak kalor putih renda pink. Ini memang sesuai sangat2. Capai umur 2 tahun boleh pakai lama sikit. Lagi pun kain shuntek kapas semuanya. Tak lah panas kalau Aliesya pakai nanti. Dapat lah 3 pasang baju Aliesya saja. Untuk Aiman maksu dilla x pernah lupa. Oshkosh long sleeve....orange kalor lagi. Smart......maksu berkenan sangat. Nasib baik ada size Aiman. Untuk Sabreena pun maksu belikan lah jugak. One suit semua pink kalor. Tak sempat nak snap sabreena punya baju. Dah cukup dah ni. Lagik lama kat sini lagi lama tangan nak mencapai jek...he3

6 comments:

Ayong September 21, 2008 at 10:23 AM  

giler cepat ko hapdet! aku baru je baca entry kat bawah tu... :)banyak ke borong kat kedai tu? kat kedai tu baju utk baby yang banyak chantek2 designnya kan?

dilaOHdila September 21, 2008 at 10:36 AM  

hahahha Yong. aku tengah rajin lak arinih. pagi tak buat apa.
Aah lah yong. baju shuntekshuntek. ada yang mahal bila aku compare ngan BO ikano tuh. Kat sana lagi banyak choice harga OK. tapi yang kat sini kene pilih gak. Mana yang agak2 pelik tu tu yang aku pilih Yong....

Uncle September 22, 2008 at 5:07 AM  

Hi dilla.
Pandai you ambil gambar especially yang kasut tu. The angle was just perfect. Boleh jadi I punya food photographer ni..

Uncle

dilaOHdila September 22, 2008 at 5:53 AM  

Tq uncle....:-)
kasut tu ekcelli dilla taruk kat meja w/station dilla nih
meja ni hitam just amik closeup....

MakSu September 22, 2008 at 2:13 PM  

Shopping sakan dila nie... tu baru utk anak buah, kalau utk anak sendiri agaknya lagi rambang mata, jd mcm diriku nie...semua nak beli ;)utk tuan diri dah siap ker baju raya??

Lina September 22, 2008 at 11:26 PM  

salam,
bestnya budak2 nih untung tul depa kena belikan.
setahun tu tak payah lg nak tukar2 ikut musim bkn mcm sini Dila, 3 bulan aje pki baju2 tu di pakai atau kena beli yg besar sket. pastu thn mendatangnya dah tak muat lg terpaksa bagi kat orang.

emm Oshkosh tu mmg peberet brand dgn Gymboree..mmg rambang bijik mata lbh2 lg utk anak2. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts