Hampir 2 tahun tak datang ke Melaka. Sempena cuti Deepavali semalam group outing dilaBangi sudah pun sampai ke Melaka dengan selamatnya, alhamdulillah. Kali ni kami tak lah pergi melawat ke setiap ceruk tempat bersejarah. Tapi kali ni kami meninjau kedaikedai lama berdekatan dengan Jonker Walk, Kampong Ketek & last sekali sebelum makan malam di Umbai kami lepaking sambil tengok orang main layang layang di Marina. Best jugak perjalanan kami semalam. Tambah best lagi bila Uyie membawakan kami Coconut Shake dari pantai Kelebang. Aduhai......ditambah dengan angin sepoisepoi rasa macam nak tertidur.......
Ketika menyusuri Jonker Walk ni mata sentiasa terpandang pada yang menjual makanan ini seperti ketupat tetapi menggunakan daun hijau. Sekali pandang seperti ayam pandan. Saya ada membaca satu blog mengenai makanan ini. Ruparupanya makanan ini di panggil Yan HOng iaitu sejenis kuih Zhang Nyonya yang juga merupakan salah satu makanan yang terkenal di Melaka ini. Di perbuat dari beras pulut, jus bunga telang, panca rempah, kacang merah, ayam dan cendawan. Kalau rasa nak try cuba buat sendiri dan cari resepi dalam google. Onde onde Melaka. Di Jonker Walk ni masyarakat Cina menjual kuih ondeonde. Nak cari yang Melayu punya tarak. So sekadar tengok jer lah.....
Disepanjang menyusuri jalan di Jonker Walk ni terjumpa pulak satu perkampungan kecil di tengah bandar, kekdahnya ghitewlah. Kampung Ketek dengan tradisi rumah Melaka. Menurut pemiliknya rumah ini boleh dilawati dari jam 9.00 pagi hingga 6. 00 petang. Rumah Melaka ini terjaga rapi dan sememangnya diberikan keutamaan pada pelawat yang ingin tahu tentang kebudayaan masyarakat Melaka khususnya.
View ni di sekitar JOnker walk. Cuaca panas ketika ni. Singgah santai di Mahkota Parade pulak. Dah dapat berehat sekejap. Kali ni mata tertumpu di depan bangunan Muzium Umno. Salah satu Port Beca.
3 comments:
dod ko beli cencalok tak
dep...
aku tak makan cengcalok aa
hehehe...aku makan tempe jek
hmm ... macam color tone kak dila guna ... semua sebut psl cencalok ni ... sedap nya! :D
Post a Comment