۞ MoNggO MamPeR ۞

♥♥I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture Birthday Party &Etc♥♥

worldwide.fm
Sekarang Ada Orang sedang melepak kat sini.terima kasih dan datang lagi

Luahkan kasih sayang dengan ucapan indah

TIDAK perlu ada hari khusus untuk melahirkan rasa kasih dan sayang.
Itulah pendirian personaliti Helo Kampus pilihan Utusan Malaysia kali ini yang lebih mesra disapa sebagai Mira oleh rakan-rakannya.
Anak kelahiran Bukit Besar, Kuala Terengganu ini berkata, sebagai umat Islam, tiada istilah sambutan Hari Kekasih di dalam ajaran Islam.
"Mengapa kita perlu bergantung kepada tarikh tertentu untuk melahirkan rasa kasih dan sayang kita.
"Setiap hari kita boleh berbuat demikian kerana sayang itu tidak perlu dibayar atau diraikan. Ia adalah satu nilai rasa yang cukup tinggi dan indah," katanya.
Anak ke-10 daripada 13 beradik ini memberitahu, secara peribadi dia melihat remaja negara ini dapat melihat dengan jelas makna sebenar sambutan Hari Kekasih.
"Jika dulu orang teruja nak menyambut hari berkenaan, sanggup tempah meja untuk makan malam, beli hadiah dan bunga. Malah, ada segelintir sanggup melakukan perkara yang dilarang bagi meluahkan rasa kasih pada hari itu.
"Namun, dengan hebahan yang diberikan melalui media massa dan ceramah, rasanya masyarakat kini sudah mulai faham dengan konsep sebenar kasih sayang itu," katanya.
Menurut penuntut tahun dua Fakulti Sains itu, perasaan sayang tidak perlu dizahirkan melalui sebuah kek yang cantik atau sejambak bunga ros merah, ia cukup dengan ucapan yang indah tetapi bermakna.
Adalah lebih baik bagi umat Islam menyambut hari kebesaran dalam kalendar Islam seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah daripada Hari Kekasih atau Hari Persahabatan yang tidak diketahui kebaikannya kepada semua, katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My photo
I am Freelance Photographer I shoot for Engagement,Family Potraiture & Birthday Party ♥♥ my email: ohdilla@yahoo.com

۞Got Promblem ۞

click here for help

۞ Blog Archive ۞

Powered by Blogger.
free counters
main blog
group twitter
group facebook
worldwide fm

۞ Recent PostS ۞

Recent Posts

Popular Posts