Saturday, June 26, 2010

BOLA BOLA BOLA....

Bola bola. Satu dunia demam bola. Teringat cerita mat despatch semalam. Disebabkan bola terpaksa dia cover untuk 4 area pagi ni garagara kawan sekerja ponteng akibat terlambat tidor disebabkan world Cup. Bengang giller dia. Kalau ikutkan aku pun memang tengok bola sampai ke subuh tapi tang kerja kenalah Hinggat!. Marah betul dia (sabar lah dik). Begitu hebat fenomena bila tibanya world cup ni.....


Credit to apis....
Cupcake sempena bola (hahaha)

Friday, June 25, 2010

VINTAGE

Sejak dapat pc baru ni aku dah jarang bawak lappy datang opis. Malas nak pikulpikul. Cuma bawak bendabenda yang penting jek. Ringan beban yang di tanggung. Terima kasih pada management yang menggantikan semua pc yang ada. Papan keyboard yang lembut sedap pulak nak menaipnya. Ada irama. 

Try nak buat vintage pada tone ni tapi macam tak berapa jadi je. Guna editing photoscape ni memang seronok. Leka kekadang dibuatnya tapi kerja still jalan erk....


Cam nilah gaya pc aku...serabut tak?


Thursday, June 24, 2010

POCOPOCO

Balenggang pata-pata
Ngana pe goyang pica-pica
Ngana pe bodi poco-poco
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing

Tuesday, June 22, 2010

OH MONDAY

Hari ni hari isnin. Ibu segala permulaan hari. No monday bluess (hehe) . Cuaca kat bangi mendung. Oh dah hujan rupanya. Minggu ni nampak gaya mmg ada agenda yang menyebukkan. Insyaallah Sabtu ni plan nak gi outing ke Melaka. Balik hari jer. Dah lama tak  gi jalan jauh ni sejak balik dari Cherating hari tu. Hari ahad ada futsal tournament KSRPMB.  Semua staff PMB akan berhempas pulas untuk mencapai kemenangan. X sabar nak tunggu hari ni & Isnin pengsan....

Dia bakal menyambut kedatangan pengunjung ke Melaka.

Jonker Walk yang pasti harus dikunjungi kalau sampai ke Melaka nanti.

Ada sesuatu yang nak di cari di Melaka nanti. THOUSAND FLOWER GARDEN (Taman Seribu Bunga).


Sunday, June 20, 2010

SALAM HARI AHAD

Salam hari Ahad. Plan hari ni tak kemana pun. Maklum hujung tanduk jadi batas perjalanan ada yang tersekat buat sementara. Cuma pagi ni nak buat housekeeping. Banyak tempat yang dah berhabuk. Kalau tak larat guna sapu terpaksa guna vacuum. Almaklum acik ni sempot. Tak boleh kena habuk sikit. Nanti silapsilap munyik violin dalam amplifier Yamaha acik ni.
 

Saturday, June 19, 2010

Thursday, June 17, 2010

Valuable piece of the picture

Memori perjalanan. Setiap destinasi meninggalkan sesuatu yang terindah. Abadikan sebagai kenangan perjalanan. Semuanya mempunyai nilai yang tersendiri. 

Photo editing by Photoscape

Wednesday, June 16, 2010

Mainan minda

 Dah dua hari tak berupdate blog ni. Idea kejap ada kejap hilang. Tak tahu mana pergi. Borinkborink tengok koleksi lama godek ngan preset tone lightroom ni. Jadilah ini ruper.

 
  Ini di panggil Tilt-shift.


Tuesday, June 15, 2010

500GB

Gadget baru untuk backup kerjakerja dilla di alamaya. Hard disk drive yang lama tu seperti tidak dapat menampung semua yang ada. Terima kasih pada En Arip yang memperkenalkan MAXTOR untuk dilla. 500GB hanya Rm250 sahaja. Puaskan......

 Dilla try guna RAYNOX with 35mm untuk closeup......(availablelight)

Sunday, June 13, 2010

DARI PENJURU DAPOR

Cerita hari Sabtu. 3 penjuru dapur semua penuh dengan xtvt. Tukang buat karipap berkumpulan, tukang masak untuk lunch & tukang baking queen cake untuk di bawa kenduri. Wah seronok hari ini boleh main masakmasak lagi.

Besen ni simbolik kerjasama dari mereka yang menguli karipap dengan jayanya. Rajin budakbudakni. Boleh diberi markah untuk Sains Rumahtangga (hahaha)

Masak yang simple. Ayam ni kalau digoreng dengan ketumbar amat sedap. Orang jawa punya febret ni taw. Bila main masakmasak ni dilla teringat kat lady Molly & Arri.


Last de queen cake utk majlis endoi Oya.
Pada tukang pembuat karipap terima kasih di ucapkan. Kualiti doh karipap hari ini lebih baik dari yang lalu. Begitu rapuh munyiknya...tq! Untuk Bibik jugak yang tolong kemaskemas amat di hargai. Bibik ni baru join kelab kami (ha ha ha). WELCOME TO DE CLUB, Bik!